Friday 28 October 2011

punca tekanan perasaan remaja



Punca Tekanan perasaan
Usia remaja adalah satu tempoh dimana mereka dalam proses mempelajari kemahiran sosial dan membentuk personaliti peribadi yang pastinya dipengaruhi oleh benyak perkara, antaranya ialah



  • Pencapaian pendidikan
  • Hubungan dengan ibu bapa dan ahli keluarga
  • Peluang untuk berdikari dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri
  • Hubungan dengan adik beradik
  • Hubungan dengan rakan-rakan
  • Peluang bersosial dengan rakan berlainan jantina
  • Kecenderungan terhadap sukan, hobi dan aktiviti
Sebenarnya remaja ada niat untuk berdikari dan ia perlu digalakkan. Beri ruang untuk berbincang dengan anak-anak, tetapi ibu bapa perlu tahu cara berkomunikasi dengan mereka, jadi ada beberapa perkara yang harus difahami  dan disedari oleh ibu bapa
  • Remaja suka kalau ibu bapa terbabit dalam aktiviti mereka walaupun sekadar menjadi penyokong.
  • Kadang-kadang ibu bapa tidak tahu bagaimana hendak memulakan perbualan. Anda boleh mulakan sesi dengan bercerita supaya dia ada ruang untuk bersuara.
  • Melalui cara ini barulah ibu bapa perlahan-lahan dapat menjadi rakan anak dan mereka pula boleh meluahkan masalah, jika ada. Ketika berbincang ini, ibu bapa perlulah meletakkan diri mereka sama taraf dengan anak dan bukan bertindak sebagai ketua keluarga.
Pada masa sama, media sosial juga boleh mengurangkan peluang untuk membentuk kemahiran bersosial yang asas kerana remaja tidak perlu berinteraksi secara bersemuka. Inilah sebabnya ibu bapa perlu memantau penggunaan media sosial ini supaya anak anda tidak terjebak dengan risiko yang berkaitan dengannya. Bukan sedikit kes rogol dilaporkan membabitkan remaja perempuan apabila bertemu dengan rakan maya mereka. Namun bukan semuanya buruk kerana ada juga laporan mengatakan media sosial ini boleh meningkatkan keyakinan diri seseorang remaja.
Pemakanan dan rehat secukupnya termasuk tidur juga memainkan peranan penting dalam kesihatan mental. Pemakanan kurang berzat atau terlalu banyak makanan diproses seperti makanan segera boleh mendatangkan tekanan pada badan – yang mempengaruhi emosi dan fikiran. Remaja memerlukan antara sembilan hingga 10 jam tidur kerana kekurangan tidur (tidur lewat malam) memang akan memberi kesan negatif pada kesihatan mental mereka.


TERIMA KASIH , DATANG LAGI ! JGN LUPA LIKE :)

No comments:

Post a Comment